Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Umur Penengah ialah umur yang membahagikan taburan penduduk kepada dua kumpulan yang sama saiznya, yang mana separuh daripadanya berada di bawah umur ini, manakala separuh lagi melebihi umur tersebut.
Unit perumahan adalah satu tempat kediaman yang berasingan dan bebas dan bertujuan untuk kediaman oleh satu isi rumah. Walaupun demikian, unit perumahan
tersebut mungkin didiami oleh lebih daripada satu isi rumah pada masa banci. Unit perumahan telah dikelaskan mengikut jenis utama seperti berikut:
a) Sesebuah
b) Berkembar
c) Teres/rangkai
d) Berkelompok
e) Rumah bandar
f) Rumah kedai/pejabat
g) Rumah pangsa
h) Apartmen
i) Kondominium
j) Rumah panjang
k) Pondok gantian/sementara l) Bilik
m) Lain-lain
United Nations Environment Programme, Organisasi antarabangsa ditubuhkan dalam tahun 1972 sebagai pemangkin dan penyelaras kegiatan untuk meningkatkan persefahaman saintifik kepada perubahan alam sekitar dan alat pengurusan membangunkan alam sekitar.
Upah dan gaji terdiri daripada jumlah upah dan gaji dalam bentuk tunai dan upah dan gaji bukan berbentuk wang.
Upah dan gaji bukan berbentuk wang terdiri daripada ganjaran dalam bentuk barang dan/atau perkhidmatan yang tidak semestinya untuk pekerjaan dan boleh digunakan oleh pekerja dalam masa mereka sendiri, dan pada budi bicara mereka sendiri, untuk kepuasan terhadap keperluan atau kehendak mereka sendiri atau ahli isi rumah mereka yang lain.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-