SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

agama

Merujuk kepada pengenalan atau pertalian seseorang individu dengan satu sistem kepercayaan dan amalan agama atau roh. Untuk tujuan penjadualan dan analisis, agama diklasifikasikan seperti berikut:-

  1. Islam;
  2. Kristian;
  3. Buddha;
  4. Hindu;
  5. Konfusianisme, Tao dan Puak/suku/folk/agama tradisi lain orang Cina;
  6. Lain-lain agama termasuk Sikhism dan Bahai;
  7. Tiada agama; dan
  8. Tidak diketahui 

Sumber : Banci Penduduk & Perumahan Malaysia-Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi
air pasang merah

Pembiakan plankton marin yang toksid dan biasanya menyebabkan kematian kepada ikan. Fenomena semulajadi ini adalah didorong oleh fosforus dan lain-lain nutrien yang dibuang ke dalam air oleh manusia.   Warna air pasang ini boleh menjadi merah, kuning, hijau atau coklat.   Air pasang berwarna merah adalah disebabkan oleh peningkatan bilangan spesies plankton bertoksid, menyebabkan kerang-kerangan yang memakannya beracun kepada manusia.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
air payau

Air yang mengandungi garam yang mana kepekatan garamnya kurang daripada kepekatan garam dalam air laut.   Kepekatan jumlah garam yang terlarut biasanya dalam lingkungan 1,000-10,000 miligram se liter (mg/l). 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
air sisa

Air sisa/kumbahan adalah air sisa dari rumah, premis perniagaan atau industri yang mengandungi bahan organik dan tak organik dalam bentuk terlarut dan partikel terampai.
 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
air tawar

Air bersih semula jadi yang mengandungi kurang kepekatan garam. Pada amnya ia sesuai untuk pengeluaran dan dirawat supaya menjadi air bersih yang sesuai untuk minum.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP