SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

topografi

Bentuk fizikal kawasan permukaan, termasuk muka bumi atau ketinggian relatif dan kedudukan  bentuk muka bumi buatan manusia dan semulajadi.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
tuntutan insurans bukan nyawa

Tuntutan insurans bukan nyawa adalah amaun yang mesti dibayar dalam penyelesaian tuntutan yang menjadi yuran ketika tempoh perakaunan semasa (tuntutan menjadi yuran pada masa ketika akhirnya timbul yang mana membangkitkan  tuntutan yang sah diterima oleh insurans enterpris), tetapi tidak termasuk bayaran kepada isi rumah dalam bentuk faedah insurans sosial.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
ukuran perbelanjaan penggunaan

Dalam menentukan nilai perbelanjaan penggunaan, tiga pendekatan biasa digunakan iaitu:


(i) Pendekatan perolehan

Nilai pembelian yang direkodkan pada masa barangan dan perkhidmatan di peroleh tanpa mengira sama ada di gunaka kesemuanya atau tidak; atau di bayar sepenuhnya atau tidak dalam tempoh rujukan. Pendekatan perolehan ini juga telah dikembangkan untuk mengambil kira anggaran nilai bagi barangan tidak tahan lama daripada hasil keluaran sendiri dan barangan serta perkhidmatan yang diberi atau diterima dalam bentuk mata benda.


(ii) Pendekatan penggunaan

Pendekatan ini digunakan pada keadaan tertentu bagi barangan tahan lama yang mempunyai jangka hayat yang panjang (contoh: kereta, kenderaan pengguna lain atau alat pertukangan) dan penggunaan utiliti seperti air dan elektrik.


(iii) Pendekatan pembayaran
Pembayaran yang melibatkan bayaran pendahuluan bagi mendapat sesuatu barangan dan perkhidmatan yang mana barangan dan perkhidmatan tersebut belum diterima dalam bulan rujukan (contoh:bayaran pendahuluan pembelian kereta.
 

Sumber : Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia
umur bekerja

Umur bekerja merujuk kepada mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun (dalam tahun genap pada hari jadi terakhir) semasa minggu rujukan, sama ada berada di dalam tenaga buruh atau di luar tenaga buruh.

Sumber : Indikator Utama Pasaran Buruh
umur min perkahwinan pertama

Umur min perkahwinan pertama merujuk kepada umur min singulate perkahwinan yang merupakan satu kaedah tidak langsung untuk mengukur umur min pada perkahwinan pertama bagi mereka yang akan berkahwin. Ianya diperoleh daripada perkadaran mereka yang belum pernah berkahwin dalam kumpulan umur yang berbeza.

Sumber : Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP