Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Tempat kediaman ditakrifkan untuk tujuan banci sebagai tempat yang berasingan dan bebas dari segi struktur untuk tempat tinggal. Takrifan perkataan 'berasingan' dan 'bebas' adalah seperti berikut:
• Berasingan
Struktur adalah dianggap berasingan jika ia dikelilingi oleh dinding, pagar dan sebagainya dan ditutupi oleh bumbung.
• Bebas
Struktur dikatakan bebas apabila ia mempunyai jalan masuk secara terus dari tangga umum, tempat lalu lintas atau pun ruang lapang (iaitu penghuni boleh masuk atau keluar dari tempat kediaman mereka tanpa melalui perkarangan sesiapa pun). Bagaimanapun, jika struktur ini tidak dibina untuk tempat tinggal tetapi telah digunakan untuk tujuan demikian semasa banci, ia dianggap sebagai tempat kediaman.
Terdapat dua kategori tempat kediaman iaitu unit perumahan dan tempat kediaman beramai-ramai.
• Unit perumahan dikelaskan kepada rumah sesebuah, berkembar, teres/rangkai, berkelompok, rumah bandar, rumah kedai/pejabat, rumah pangsa, apartmen, kondominium, rumah panjang (Sabah dan Sarawak sahaja), pondok gantian/sementara dan bilik (mempunyai akses terus dari luar).
• Tempat Kediaman beramai-ramai adalah tempat tinggal yang didiami oleh sekumpulan besar individu dan biasanya mempunyai beberapa kemudahan untuk digunakan bersama seperti dapur, tandas, bilik mandi, ruang tamu dan bilik tidur. Contoh tempat kediaman beramai-ramai adalah hotel, hospital, asrama, rumah kebajikan, penjara dan rumah pekerja sementara.
Tempoh Asas adalah tempoh yang memberi pemberat bagi indeks.
Tempoh rujukan bagi banci ini adalah tahun takwim 2010. Pertubuhan yang mempunyai tahun perakaunan yang berbeza daripada tahun takwim diminta menyediakan laporan mengikut tahun perakaunan atau kewangan yang meliputi sebahagian besar daripada tempoh rujukan.
Tenaga buruh merujuk kepada mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun (dalam tahun genap pada hari lahir terakhir) semasa minggu rujukan, sama ada bekerja atau menganggur.
Ternakan untuk pembiakan, tenusu,penarik dll. terdiri daripada ternakan yang diusahakan untuk produk yang mereka berikan dari tahun ke tahun.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-