Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Syarikat awam berhad merupakan sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan, dengan tanggungan berhad, oleh sekurang-kurangnya dua orang untuk menjalankan perniagaan dengan tujuan mencari keuntungan. Saham syarikat awam berhad dipegang secara terbuka dan bagi sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham, sahamnya boleh bertukar milik secara bebas. Syarikat tersebut dianggap sebagai entiti yang sah dan ditubuhkan mengikut Memorandum dan Artikel Persatuan.
Merujuk kepada sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk mencari keuntungan. Saham dipegang secara tertutup oleh pemegang-pemegang saham yang mempunyai kawalan terhadap operasi syarikat. Ia didaftarkan dengan tanggungan berhad. Sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai Memorandum dan Artikel Persatuan sendiri, yang antara lain:
a. Menghadkan hak untuk memindahkan sahamnya;
b. Menghadkan bilangan pemegang sahamnya di antara dua hingga lima puluh orang (tidak termasuk pekerja syarikat itu dan bekas pekerja yang masih menjadi ahli);
c. Melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai untuk membeli apa-apa saham atau debentur syarikat itu; dan
d. Melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai supaya menyimpan wang di syarikat itu bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan ataupun untuk dibayar bila dituntut, sama ada dengan faedah atau tidak.
Tahun banci merujuk kepada tahun pelaksanaan banci.
Kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas air surut terendah, kecuali Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di W.P. Labuan yang dizonkan sejauh satu batu nautika dari tikas air surut terendah. Taman Laut ditubuhkan untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik.
Tanah ialah permukaan bumi, termasuk tanah yang meliputi dan mana-mana permukaan air yang berkait, di mana hak pemilikan dilaksanakan.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-