Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Ia adalah stok getah yang dimiliki oleh sesebuah pertubuhan tidak kira dimana stok tersebut ditempatkan iaitu sama ada di dalam atau di luar kilang. Ia termasuk stok getah yang belum/sedang/telah diproses.
Jumlah keseluruhan penurunan nilai bagi semua aset tetap yang masih digunakan semasa kunci kira-kira disediakan digambarkan sebagai Stok Modal Bersih. Ia pada dasarnya mengesan peranan modal sebagai satu set aset dengan nilai pasaran dan ia terdapat dalam kunci kira-kira dan dalam konteks perakaunan pendapatan dan kekayaan
Stok Modal Kasar merupakan nilai semua aset tetap yang masih digunakan apabila kunci kira-kira disediakan, pada harga semasa sebenar atau anggaran bagi aset baru yang sama jenis, tanpa mengira usia aset
Pengelasan kawasan-kawasan mengikut strata adalah seperti berikut:
Strata Bilangan penduduk
(i) Metropolitan- 75,000 dan lebih
(ii) Bandar besar- 10,000 hingga 74,999
(iii) Bandar kecil- 1,000 hingga 9,999
(iv) Luar bandar- Kawasan selebihnya
Stratosfera adalah lapisan atmosfera lebih kurang 10 dan 50 kilometer di atas permukaan bumi di mana suhu meningkat mengikut ketinggian.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-