SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

beban karbon

Instrumen kepada kos persekitaran internalisasi.  Ia adalah beban cukai eksais kepada pengeluar bahan bakar mentah berdasarkan kepada kandungan relatif karbon bahan api tersebut.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
bekerja

Semua orang yang bekerja sekurang-kurangnya sejam semasa minggu rujukan untuk  mendapatkan upah, keuntungan atau keuntungan keluarga (sebagai majikan, pekerja, bekerja sendiri atau pekerja keluarga tanpa gaji).

Mereka juga dianggap sebagai bekerja jika:

  • Tidak bekerja semasa minggu rujukan disebabkan sakit, kecederaan, tiada upaya, cuaca buruk, bercuti, pertelingkahan buruh dan sebab-sebab sosial atau keagamaan tetapi mempunyai pekerjaan, ladang, perusahaan atau perusahaan keluarga lain untuk kembali bekerja.
  • Tidak bekerja buat sementara waktu tetapi bergaji dan pasti akan dipanggil bekerja semula. 
  • Bekerja kurang dari 30 jam semasa minggu rujukan disebabkan bentuk kerja atau  disebabkan kurang kerja dan berkeupayaan serta sanggup menerima tambahan bilangan jam bekerja. Kumpulan ini merupakan guna tenaga tidak penuh.

Sumber : Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh
bersih

Istilah "bersih" ialah makna yang kebiasaannya merujuk kepada nilai setelah ditolak penggunaan modal tetap (umumnya digunakan sebagai dalam " stok modal bersih" atau "keluaran dalam negeri bersih".

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
biodegradasi

Proses penguraian bahan organik oleh mikro-organisma (terutamanya bakteria aerob) ke dalam bahan yang mudah seperti karbon dioksida, air dan amonia.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
biojisim

Jumlah berat hidup semua jenis organisma dalam kawasan tertentu atau habitat. Kadangkala ukuran menggunakan berat per unit bagi keluasan tanah atau se unit isipadu air.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP