SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

sistem kolam

Sistem ternakan ikan di dalam kolam.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
sistem pemprosesan

Tangkapan data dijalankan di pejabat negeri menggunakan sistem pemprosesan Penyiasatan Tenaga Buruh (Program komputer dibangunkan untuk memproses data tenaga buruh peringkat negeri). "Data bersih" bagi setiap negeri akan dihantar ke ibu pejabat untuk cantuman, kemasukan wajaran dan penganggaran data tenaga buruh tahunan.

Sumber : Indikator Utama Pasaran Buruh
sistem sangkar

Sistem untuk menternak ikan di dalam suatu kepungan yang  dibuat daripada  apa-apa  bahan  saringan  yang  diikat  pada  struktur  yang dilabuhkan  pada  dasar  perairan  sungai  atau  mana-mana  tempat  di darat.
 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
sistem tangki

Sistem ternakan ikan di dalam tangki di atas tanah.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
skim keselamatan sosial

Skim keselamatan sosial adalah skim yang dikenakan dan dikawal oleh unit kerajaan bagi tujuan menyediakan faedah sosial kepada ahli komuniti secara keseluruhan, atau bahagian tertentu dalam komuniti.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP