SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

sisa industri

Sisa cecair, pepejal dan gas yang dihasilkan daripada pengeluaran produk tertentu.
 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
sisa pepejal

Bahan yang tidak berguna dan kadangkala berbahaya dengan kandungan cecair yang rendah. Sisa pepejal termasuk sampah sarap bandaran, sisa industri dan komersial, kumbahan enap cemar, sisa berpunca dari pertanian dan operasi pengurusan haiwan dan lain-lain aktiviti yang bersangkutan, pemusnahan sisa dan sisa perlombongan.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
sisa pertanian

Sisa yang terhasil daripada pelbagai aktiviti pertanian. Ini termasuk kerja membaja dan lain-lain sisa dari ladang, kandang ternak dan tempat penyembelihan; sisa tuaian; baja yang mengalir dari ladang; racun serangga yang masuk ke dalam air, udara atau tanah; dan garam dan lumpur mengalir dari padang.
 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar Malaysia
sistem bekas lombong

Sistem untuk menternak ikan dimana-mana tanah yang  pernah (tetapi tidak lagi) diberi atau dikeluarkan pajakan lombong atau sijil lombong di bawah mana-mana undang-undang bertulis mengenai perlombongan.
 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
sistem kandang

Sistem yang merupakan suatu kepungan yang dibuat daripada bahan pengadang yang dilekatkan pada tiang yang ditanam ke dasar laut.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP