Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Sebatian organik boleh sejat dengan senang dan menyumbang kepada pencemaran udara khususnya melalui pengeluaran photokimia oksidant.
Kriteria pertubuhan sektor informal merangkumi pertubuhan yang tidak berdaftar dengan SSM dan badan-badan profesional, saiz pertubuhan kurang daripada 10 orang pekerja dan semua atau sekurang-kurangnya satu barangan atau perkhidmatan adalah untuk jualan atau transaksi barter.
Sektor Perkhimatan Profesional merangkumi pertubuhan yang khusus dalam menjalankan aktiviti- aktiviti profesional, di mana ianya memerlukan tahap kepakaran dan latihan yang tinggi. Pertubuhan di sektor ini mengkhusus berasaskan kepada kepakaran serta menyediakan perkhidmatan ini kepada industri dan isirumah. Aktiviti yang dijalankan termasuk khidmat nasihat dan perwakilan guaman; perakaunan, simpan kira-kira dan pengauditan; arkitek; kejuruteraan; juruukur; perkhidmatan perundingan pengurusan; penyelidikan pasaran; pengiklanan dan veterinar.
Sempadan pengeluaran termasuk segala pengeluaran benar untuk pasaran, sama ada untuk penjualan atau barter, semua barang atau perkhidmatan yang disediakan secara percuma kepada individu isi rumah atau secara kolektif kepada komuniti oleh unit kerajaan atau institusi bukan untung yang berkhidmat kepada isi rumah, segala barang yang dikeluarkan untuk penggunaan persendirian, pengeluaran akaun sendiri bagi perkhidmatan perumahan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dengan mengupah kakitangan tempatan yang berbayar.
sewa ke atas aset lapisan tanah adalah dalam bentuk pendapatan harta; ia terdiri daripada bayaran yang dibuat kepada pemilik aset lapisan tanah oleh unit institusi yang membenarkan mereka untuk mendapatkan deposit lapisan tanah atas tempoh masa tertentu.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-