Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Rangka yang digunakan bagi pemilihan sampel PTB 2014 adalah berdasarkan Rangka Pensampelan Isi Rumah yang terdiri daripada blok penghitungan (BP) yang yang diwujudkan untuk Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang di kemaskini dari semasa ke semasa.
Reka bentuk pensampelan berstrata dua peringkat telah digunakan, iaitu:
Strata utama: Terdiri daripada negeri-negeri di Malaysia; dan
Strata kedua: Terdiri daripada stratabandar dan luar bandar.
Pemilihan sampel dua peringkat telah dilaksanakan dan sampel dipilih secara rawak. Unit pensampelan peringkat pertama ialah BP, sementara unit peringkat kedua ialah TK di dalam BP tersebut. TK terpilih meliputi semua isi rumah dan ahli yang tinggal di dalamnya. Di setiap peringkat pemilihan, unit-unit telah dipilih secara sistematik dengan kebarangkalian yang sama dalam strata kedua.
Residen ialah:
Unit institusi ialah residen dalam sesebuah negara apabila ia mempunyai pusat kepentingan ekonomi dalam kawasan ekonomi negara tersebut.
Saiz sampel penyiasatan ini perlu mewakili populasi mengikuti keperluan peringkat analisis yang ditetapkan. Saiz sampel ini telah mengambil kira elemen berikut:
(I) Penemuan daripada penyiasatan yang lepas;
(ii) Peringkat reka bentuk pensampelan;
(iii) Ralat yang disasarkan.
Untuk memuktamadkan saiz sampel, faktor kos, masa dan sumber manusia telah diambil kira.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-