Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Ralat ini boleh berpunca daripada liputan penyiasatan yang tidak lengkap, kelemahan rangka, ralat maklumbalas, tiada respons dan kesilapan semasa prosesan seperti di peringkat penyuntingan, pengekodan dan tangkapan data.
Ralat maklum balas boleh berlaku disebabkan kesukaran dan perbezaan dalam tafsiran soalan, sama ada daripada penemu ramah ataupun responden. Bagi meminimumkan ralat ini, latihan intensif kepada penyelia dan penemu ramah telah dijalankan. Di samping itu, semakan rambang juga dijalankan ke atas isi rumah yang telah diliputi oleh penemu ramah untuk memastikan kesahihan maklum balas yang dicatatkan. Untuk memastikan liputan penyiasatan yang menyeluruh, rangka sampel dikemaskini dan tempat kediaman telah dipilih selepas penyenaraian BP dijalankan.
Ralat pensampelan berpunca daripada anggaran data yang terhasil daripada sampel berkebarangkalian. Ralat ini boleh boleh diukur dengan menganggarkan Ralat Piawai Relatif dan dinyatakan dalam bentuk peratusan. Ia digunakan sebagai penunjuk kepada kepersisan anggaran parameter yang dikaji. Ini memberi gambaran tahap variasi anggaran pembolehubah yang dianggarkan melalui penyiasatan berbanding dengan parameter populasi.
Sebagai contoh, penemuan PPIR & KA 2014 mendapati pendapatan kasar isirumah bulanan purata bagi Malaysia adalah RM6,141 dengan Ralat Piawai Relatif 0.4 peratus, Dalam erti kata lain, nilai Ralat Piawai adalah RM 25. Berasaskan 95 peratus selang keyakinan (á = 0.05), pendapatan kasar isi rumah bulanan purata berada dalam batasan antara RM6,029 - RM6,189 sebulan.
Ralat tiada sambutan berpunca daripada beberapa sebab seperti TK kosong, tiada penghuni di rumah, enggan bekerjasama atau TK tidak layak diliputi dalam penyiasatan, maka penganggaran saiz sampel PPIR & KA 2014 telah mengambil kira semua kemungkinan tersebut.
Konsep rangka kerja bagi membantu membangunkan, menyelaras dan menguruskan perangkaan alam sekitar dan perangkaan berkaitan dengan sosial ekonomi dan demografi. Ia dibangunkan oleh United Nations Statistics Division dalam tahun 1984, dan ianya berdasarkan kepada prinsip tekanan-tindak balas impak alam sekitar.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-