SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

piawaian antarabangsa

Piawaian antarabangsa: Definisi yang digunapakai dalam Penyiasatan Tenaga Buruh adalah berdasarkan garis panduan International Labour Office (ILO) iaitu Manual on concepts and methods of surveys of economically active population, employment, unemployment and underemployment.

Sumber : Indikator Utama Pasaran Buruh
pindahan

Pindahan didefinisikan sebagai satu transaksi yang mana satu unit institusi menyediakan barang, perkhidmatan atau aset kepada unit lain tanpa menerima apa-apa barang, perkhidmatan atau aset sebagai balasan daripada unit tersebut yang setara dengannya.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
pindahan semasa

  • Pindahan yang tidak berbalas meliputi item pengimbang (offsetting entries) yang diperlukan bagi sistem bergu. Ini berlaku apabila sumber (barangan, perkhidmatan dan aset kewangan) yang dibekalkan tidak diterima balasan yang bernilai ekonomi.
  • Jika bukan residen membekalkan sumber kepada residen, item pengimbang kredit diperlukan dan jika sebaliknya, item pengimbang debit diperlukan.
  • Oleh kerana pindahan berperanan sebagai item pengimbang kepada sumber atau item kewangan yang dibekalkan tanpa balasan, maka nilainya haruslah bersamaan dengan nilai sebenar sumber atau item kewangan yang dibekalkan itu. Pada prinsipnya, pindahan dicatatkan pada ketika sumber yang diimbanginya bertukar milik.

Sumber : Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
pindahan sosial bukan berbentuk wang

Pindahan sosial bukan berbentuk wang mengandungi barang dan perkhidmatan individu disediakan sebagai pindahan bukan berbentuk wang kepada isi rumah individu oleh unit kerajaan (termasuk dana keselamatan sosial) dan institusi bukan untung yang berkhidmat kepada isi rumah, sama ada dibeli di pasaran atau dikeluarkan sebagai output  bukan pasaran oleh unit kerajaan atau institusi bukan untung yang berkhidmat kepada isi rumah.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
pinjaman

Pinjaman adalah aset kewangan yang dicipta apabila pemiutang meminjamkan dana terus kepada penghutang, dan dibuktikan oleh dokumen-dokumen yang tidak boleh niaga.
 

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP