Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Perolehan dan kerugian perdagangan timbul daripada perubahan dalam terma perdagangan negara; contohnya jika harga eksport negara meningkat lebih cepat (atau jatuh secara perlahan) daripada harga import itu sendiri (i.e. jika terma perdagangan bertambah baik) daripada peningkatan volum import barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli oleh residen daripada penerimaan yang dijana oleh paras eksport yang diberi.
Persamaan harga pasaran adalah proksi, atau pengganti pengukur, bagi harga pasaran di dalam kes yang mana harga pasaran benar tidak ditetapkan; satu pendekatan kebiasaan adalah untuk membina harga mengikut analogi dengan harga pasaran yang dikenal pasti di bawah keadaan yang dipertimbangkan pada dasarnya sama.
Mana-mana ahli yang dirujuk sebagai ketua oleh responden pada masa penghitungan banci, adalah dianggap sebagai ketua isi rumah. Selain daripada ketua, setiap ahli isi rumah mengaitkan pertalian mereka dengan ketua isi rumah mengikut 11 kategori seperti berikut:
i. Isteri/suami ketua;
ii. Anak ketua yang belum berkahwin;
iii. Anak ketua yang telah berkahwin;
iv. Menantu lelaki/perempuan ketua;
v. Cucu ketua;
vi. Bapa/ibu ketua atau bapa/ibu kepada isteri/suami ketua;
vii. Datuk/nenek ketua atau datuk/nenek kepada isteri/suami ketua;
viii. Abang/kakak/adik kepada ketua atau abang/kakak/adik kepada suami/isteri ketua;
ix. Ahli-ahli lain yang bersaudara dengan ketua atau dengan isteri/suami ketua;
x. Pembantu rumah; dan
xi. Orang lain yang tidak bersaudara dengan ketua atau isteri/suami ketua
Pertubuhan ialah suatu enterpris, atau sebahagiannya, yang terletak di satu lokasi dan yang mana hanya satu (bukan sampingan) kegiatan yang produktif dijalankan atau yang mana aktiviti utama yang produktif memberi sumbangan yang besar kepada nilai ditambah.
Ia merujuk kepada 51 peratus dan ke atas pemilikan ekuiti dipegang oleh wanita ATAU pemegang saham terbesar adalah wanita dan pertubuhan diuruskan oleh wanita ATAU Pengarah Urusan atau Ketua Pengarah Eksekutif adalah wanita yang memiliki sekurang-kurangnya 10 peratus ekuiti.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-