Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Perkhidmatan Pengiklanan:
Merujuk kepada pertubuhan terutamanya yang terlibat dalam penciptaan kempen pengiklanan dan penempatan iklan tersebut di terbitan berkala, surat khabar, radio dan televisyen atau media lain. Pertubuhan ini turut menganjurkan penyediaan perkhidmatan pengiklanan secara keseluruhan (contoh: melalui kemampuan secara dalaman atau disubkontrak), termasuk khidmat nasihat, perkhidmatan kreatif, dan pengurusan akaun, pengeluaran bahan pengiklanan, perancangan dan pembelian media (contoh: penempatan iklan).
Perkhidmatan Perakaunan:
Merujuk kepada perkhidmatan yang melibatkan merekod transaksi komersil untuk perniagaan atau lain-lain, penyediaan atau audit akaun kewangan, pemeriksaan akaun dan pengesahan ketepatannya dan penyediaan penyata cukai pendapatan persendirian dan perniagaan. Termasuk juga perkhidmatan berkaitan khidmat nasihat dan perwakilan (selain daripada perwakilan undang-undang) bagi pihak pelanggan kepada pihak berkuasa cukai.
Merujuk kepada perkhidmatan perubatan dan kesihatan haiwan yang disediakan oleh pertubuhan yang dikendalikan oleh mereka (yang diberi sijil pengamal tahunan) yang berdaftar dengan Majlis Veterinar Malaysia di bawah Akta Doktor Veterinar, 1974.
Kumpulan ini termasuk perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pengawalan haiwan ternakan dan haiwan peliharaan. Perkhidmatan ini dijalankan oleh doktor veterinar yang berkelayakan semasa bekerja di hospital veterinar dan juga ketika melawat ladang, rumah anjing atau rumah, di bilik perundingan dan pembedahan sendiri atau di tempat lain. Kumpulan ini termasuk juga aktviti pembantu veterinar atau kakitangan veterinar tambahan lain, clinico–pathological dan perkhidmatan diagnostik lain berkaitan dengan haiwan serta perkhidmatan ambulan haiwan.
Ia merujuk kepada sekumpulan individu yang telah bersetuju mengikat kontrak dan menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk memperoleh keuntungan. Perniagaan tersebut diuruskan oleh kesemua mereka atau salah seorang daripada mereka yang bertindak mewakili semua pihak. Perkongsian perniagaan ini hendaklah mengandungi ahli sekurang-kurangnya dua orang dan tidak melebihi had maksimum dua puluh orang.
Perlombongan adalah ditakrifkan sebagai pengekstrakan, pembersihan dan pemanafaatan mineral-mineral semulajadi, berbentuk pepejal seperti arang batu dan bijih, cecair seperti minyak mentah dan berbentuk gas seperti gas asli. Perlombongan termasuk lombong bawah tanah dan lombong permukaan, kuari dan telaga-telaga dan semua kegiatan tambahan untuk pembersihan dan pemanfaatan bijih dan mineral mentah lain seperti pemecahan, penapisan, pembasuhan, pembersihan, penggredan, pengilangan, pengapungan, peleburan, penggentelan, pengkacipan dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi menyediakan bahan-bahan ini untuk membolehkannya dipasarkan. Aktiviti perlombongan juga dikelaskan kepada kumpulan-kumpulan berdasarkan mineral utama yang dikeluarkan.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-