Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Merujuk kepada perkhidmatan juruukur yang diberi atas dasar bayaran atau kontrak. Ini termasuk perkhidmatan juruukur tanah dan juruukur bahan yang disediakan oleh pertubuhan yang dikendalikan oleh mereka yang berdaftar dengan Lembaga Juruukur Tanah dan Lembaga Juruukur Bahan yang masing-masingnya diselenggarakan di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 (Disemak 1991) dan Akta Pendaftaran Juruukur Bahan 1967 (Disemak 1992).
Merujuk kepada perkhidmatan kejuruteraan yang disediakan atas dasar bayaran atau kontrak. Termasuk dalam perkhidmatan ini adalah perkhidmatan penyelidikan, pembangunan dan ujikaji kejuruteraan. Perkhidmatan ini mesti diberi oleh pertubuhan yang dikendalikan oleh mereka yang berdaftar di bawah Seksyen 7(1) Akta Pendaftaran Jurutera, 1967 (Disemak 1987).
a) Termasuk perkhidmatan reka bentuk kejuruteraan (iaitu menggunakan undang-undang fizikal dan prinsip kejuruteraan dalam reka bentuk mesin, bahan-bahan, peralatan, struktur, proses dan sistem) dan perkhidmatan perundingan untuk:
• jentera, proses perindustrian dan loji perindustrian;
• projek melibatkan kejuruteraan awam, hidraulik dan trafik;
• projek pengurusan air;
• projek penghuraian dan realisasi relatif kepada kejuruteraan elektrik dan elektronik, perlombongan, kimia, mekanikal, perindustrian dan sistem dan keselamatan;
• perkhidmatan pengurusan projek berkaitan dengan pembinaan.
b) Perkhidmatan kejuruteraan juga merujuk kepada huraian projek yang menggunakan alat penyaman udara, penyejukan, kebersihan dan kejuruteraan mengawal pencemaran, kejuruteraan akustik dan lain-lain.
a) Perkhidmatan perundingan pengurusan
Merujuk kepada perkhidmatan khidmat nasihat dan bantuan kepada perniagaan dan organisasi lain berkenaan isu pengurusan, seperti perancangan strategik dan organisasi; perancangan kewangan dan belanjawan; objektif pemasaran dan polisi; polisi sumber manusia; amalan, dan perancangan; penjadualan pengeluaran; dan perancangan kawalan. Perkhidmatan pengurusan merujuk kepada perundingan pengurusan perniagaan, perkhidmatan perundingan sumber manusia, perkhidmatan perundingan perhubungan awam dan komunikasi.
Perkhidmatan ini boleh juga meliputi khidmat nasihat, bimbingan atau bantuan operasi kepada perniagaan dan perkhidmatan awam berhubung dengan hubungan awam dan komunikasi; perkhidmatan melobi; mereka kaedah atau prosedur perakaunan, program perakaunan kos, prosedur perancangan peruntukan dan khidmat nasihat dan bantuan kepada perniagaan dan perkhidmatan awam dalam perancangan, pengurusan, kecekapan dan kawalan, informasi pengurusan dan lain-lain.
b) Penyelidikan pasaran dan tinjauan pendapat umum
Merujuk kepada penyiasatan ke atas potensi pasaran, penerimaan dan kebiasaan kepada sesuatu produk dan tabiat membeli pengguna bagi tujuan promosi jualan dan pembangunan produk baru, termasuk juga keputusan daripada analisis statistik, penyiasatan ke atas pendapat kolektif umum berkenaan isu politik, ekonomi dan sosial serta analisis statistik yang berkaitan.
Perkhidmatan pengantaraan kewangan yang diukur secara tidak langsung (FISIM) ialah pengukuran secara tidak langsung bagi nilai perkhidmatan pengantaraan kewangan yang disediakan tetapi bagi institusi kewangan yang tidak mengenakan bayaran dengan jelas.
Perkhidmatan Penggunaan Kolektif ialah perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan am kepada semua ahli komuniti atau kepada semua ahli bagi seksyen tertentu dalam komuniti, seperti semua isi rumah yang tinggal dalam wilayah tertentu.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-