Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Perisian Komputer terdiri daripada program komputer, keterangan program dan bahan sokongan bagi kedua-dua sistem dan aplikasi perisian.
Perkhidmatan adalah output yang dikeluarkan untuk pesanan dan kebiasaannya terdiri daripada perubahan dalam keadaan bagi penggunaan unit yang terjadi dengan aktiviti pengeluar pada permintaan pengguna; pada masa pengeluarannya telah selesai mereka perlu telah menyediakannya kepada pengguna.
Definisi perkhidmatan hartanah yang diguna pakai dalam penerbitan ini berasaskan kepada Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia 2008 Ver 1.0. Aktiviti dalam bahagian ini dijalankan di atas hartanah milikan sendiri atau pajakan termasuk juga pembangunan struktur, berserta mengekalkan hak milik atau pajakan bagi struktur tersebut.
Perkhidmatan hartanah bagi harta milikan sendiri atau pajakan merujuk kepada aktiviti pembelian, penjualan, penyewaan dan pengendalian bagi hartanah milikan sendiri atau pajakan; penyediaan rumah dan flat atau pangsapuri yang berkelengkapan atau tanpa kelengkapan untuk kegunaan kekal, kebiasaannya berdasarkan bulanan atau tahunan; pembangunan bagi projek yang dibina untuk operasi sendiri, penyewaan ruang dalam bangunan; pembahagian hartanah kepada lot tanpa pembaikan tanah dan operasi tapak rumah kediaman bergerak.
Perkhidmatan Arkitek:
Merujuk kepada perkhidmatan arkitek yang disediakan atas dasar bayaran atau kontrak. Perkhidmatan ini mesti diberi oleh pertubuhan yang dikendalikan oleh mereka yang berdaftar di bawah Seksyen (A) Daftar Arkitek and Seksyen (B) Daftar Pelukis Pelan Bangunan yang diselenggarakan oleh Lembaga Arkitek di bawah Akta Arkitek, 1967 (Disemak 1973). Perkhidmatan perundingan arkitek melibatkan reka bentuk dan draf bangunan dan pengawasan pembinaan, perancangan bandar dan bandar raya dan arkitek landskap.
Perkhidmatan Guaman:
Merujuk kepada perkhidmatan perwakilan guaman bagi kepentingan satu pihak menentang satu pihak lain, sama ada dalam atau luar mahkamah atau badan kehakiman lain, atau di bawah pengawasan, seseorang yang menjadi ahli badan peguam, khidmat nasihat dan perwakilan umum, penyediaan dokumen undang-undang dan aktiviti notari awam lain, notari undang-undang sivil, bailif, penimbang tara, pemeriksa dan pendamai.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-