SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

perbelanjaan penggunaan akhir isi rumah

Perbelanjaan isi rumah penggunaan akhir terdiri daripada perbelanjaan, termasuk perbelanjaan yang nilainya perlu dianggarkan tidak langsung, yang ditanggung oleh isi rumah residen pada barangan penggunaan individu dan perkhidmatan, termasuk yang dijual pada harga yang tidak penting dari segi ekonomi  dan termasuk barangan dan perkhidmatan yang diperolehi di luar negara penggunaan.
 

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan

Perbelanjaan isi rumah penggunaan akhir terdiri daripada perbelanjaan, termasuk perbelanjaan yang nilainya perlu dianggarkan tidak langsung, yang ditanggung oleh isi rumah residen pada barangan penggunaan individu dan perkhidmatan, termasuk yang dijual pada harga yang tidak penting dari segi ekonomi  dan termasuk barangan dan perkhidmatan yang diperolehi di luar negara penggunaan.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan

Perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan mengandungi perbelanjaan, termasuk perbelanjaan yang ditaksir, dibiayai oleh kerajaan untuk penggunaan barang dan perkhidmatan individu dan penggunaan perkhidmatan kolektif.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
perbelanjaan penggunaan isi rumah

Perbelanjaan penggunaan IR adalah segala perbelanjaan untuk kegunaan persendirian ke atas barangan dan perkhidmatan sepanjang tempoh rujukan. Perbelanjaan ini termasuk:

  • Semua perbelanjaan sama ada tunai atau kredit oleh ahli-ahli IR ke atas barangan dan perkhidmatan untuk kegunaan persendirian. Jenis perbelanjaan ini termasuk juga cukai-cukai yang dibayar untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan tersebut;
  • Semua barangan, perkhidmatan dan kemudahan yang diterima dalam bentuk mata benda sama ada secara percuma atau konsesi, diambil kira sebagai perbelanjaan. Contohnya, makanan dan tempat penginapan percuma atau dengan bayaran konsesi. Nilai daripada makanan dan tempat penginapan tersebut dikira sebagai perbelanjaan kepada IR berkenaan;
  • Barangan penggunaan sendiri. Contohnya sayur-sayuran hasil tanaman sendiri atau barangan yang di ambil dari kedai runcit sendiri untuk kegunaan persendirian perlu dibuat imputasi mengikut harga runcit. Nilai harga tersebut dikira sebagai perbelanjaan IR berkenaan; dan
  • Nilai sewa bersih rumah yang diduduki oleh pemiliknya juga diambil kira sebagai perbelanjaan. Nilai sewa tersebut perlu dibuat imputasi mengikut nilai sewa pasaran semasa untuk jenis rumah yang sama di kawasan yang sama.
     

Sumber : Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia
perdagangan borong

Perdagangan Borong ditakrifkan sebagai "penjualan semula (tanpa pengubahsuaian) barangan baru dan barangan yang telah digunakan kepada peruncit, pengguna perindustrian, perdagangan, institusi atau profesional; atau kepada pemborong lain; atau menjual dagangan kepada orang atau syarikat berkenaan".

Sumber : Perangkaan Perdagangan Edaran Suku Tahunan
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP