SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

penutup tanah

Semua pokok, pohon yang rendah, rumput rampai, pohon yang meluruhkan daun dan yang lain-lain yang menutup kawasan atau daerah.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
penyelidikan dan pembangunan

Merujuk kepada satu kajian sistematik pada proses, teknik, penggunaan dan produk baru termasuklah penyelidikan penemuan baru secara komersial.
 

Sumber : Banci Ekonomi
penyiasatan migrasi

Memungut maklumat tempat tinggal biasa penduduk pada dua titik masa (tarikh tertentu),   di   mana   tempoh   antaranya   genap   satu   tahun. Pertukaran lokaliti tempat tinggal biasa pada dua titik masa ini dianggap sebagai migrasi. Penduduk yang bertukar lokaliti tempat tinggal biasa merentasi sempadan negeri adalah migran antara negeri.
 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
pepejal terampai (SS)

Pepejal Terampai (SS) berpunca daripada hakisan tanah dan mendapan daripada pembangunan kawasan tanah tinggi dan pembukaan tanah untuk pembalakan dan
perlombongan. Ia akan mengakibatkan peningkatan SS dan perubahan kepada kualiti air di dalam lembangan sungai.
 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
perakaunan akruan

Perakaunan Akruan merekod aliran pada ketika nilai ekonomi diwujudkan, diubah, diganti,dipindah atau dimansuhkan, maka aliran yang melibatkan perubahan dalam pemilikan direkodkan apabila pemilikan dipindahkan, perkhidmatan direkod semasa diberikan, output pada masa produk diwujudkan dan penggunaan perantaraan apabila bahan dan bekalan digunakan.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP