Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Penggunaan Akhir Benar Kerajaan Am diukur dengan nilai kolektif penggunaan perkhidmatan yang diberikan kepada komuniti, atau sekumpulan besar komuniti, oleh kerajaan am; ia diperoleh daripada perbelanjaan penggunaan akhir tolak nilai pindahan sosial bukan berbentuk wang mesti dibayar.
Penggunaan modal tetap merupakan pengurangan dalam nilai aset tetap yang digunakan dalam pengeluaran semasa tempoh perakaunan disebabkan kerosakan fizikal, keusangan biasa atau kerosakan nominal yang tidak disengajakan.
Penggunaan perantaraan terdiri daripada nilai barang dan perkhidmatan yang digunakan sebagai input oleh proses pengeluaran, tidak termasuk aset tetap di mana penggunaan direkod sebagai penggunaan aset tetap.
Degradasi tanah di kawasan gersang, separuh gersang, dan kawasan separuh lembap yang disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk variasi iklim (kemarau) dan aktivit manusia (eksploitasi berlebihan terhadap tanah kering).
Proses pengubahan bahan buangan sampah dan binatang samada pereputan biologi semulajadi bahan organik di dalam kehadiran udara atau dikawal oleh kaedah mekanik khusus untuk mengekalkan kesuburan tanah.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-