SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

barang

Barang adalah objek fizikal yang mana wujudnya permintaan iaitu hak pemilikan boleh diwujudkan dan pemilikan boleh dipindahkan daripada satu unit institusi kepada yang lain dengan melibatkan transaksi dalam pasaran.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
barang import

Barang import terdiri daripada item yang diimport daripada bukan residen kepada residen seperti berikut, umumnya melibatkan perubahan pemilikan; barang dagangan umum, barang untuk diproses, pembaikan barang, barang diperoleh daripada pelabuhan asing oleh pengangkut domestik dan emas bukan kewangan.   

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
barang siap - inventori

Inventori barang siap terdiri daripada barang yang sedia untuk dijual atau dihantar, tetapi masih disimpan oleh pengeluar.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
barang siap- inventori

Inventori barang siap terdiri daripada barang yang sedia untuk dijual atau dihantar oleh pengeluar tetapi masih disimpan oleh pengeluar.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
barang tahan lama

Barang tahan lama adalah sesuatu yang boleh digunakan berulang kali atau berterusan bagi satu tempoh lebih daripada setahun, dengan andaian berkadar normal atau purata bagi penggunaan fizikal.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP