SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

penempatan penduduk

Konsep penyatuan yang terdiri daripada (a) komponen fizikal tempat berteduh dan infrastruktur dan (b) perkhidmatan yang mana menyokong penyediaan elemen fizikal. Ini boleh dikatakan seperti perkhidmatan komuniti seperti pendidikan, kesihatan, kebudayaan, kebajikan, rekreasi dan pemakanan.
 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
penerima pendapatan

Penerima pendapatan merujuk kepada ahli isi rumah yang menerima pendapatan daripada mana-mana punca (seperti perkara 6.4) dalam tempoh rujukan. Satu isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan.

Sumber : Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah Malaysia
penganggur aktif

Penganggur aktif termasuk mereka yang tidak bekerja semasa minggu rujukan tetapi bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan dalam minggu tersebut.

Sumber : Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh
pengantaraan kewangan

Pengantaraan kewangan ialah aktiviti produktif yang mana unit institusi menanggung liabiliti ke atas akaun sendiri bagi tujuan memperoleh aset kewangan dengan terlibat dalam transaksi kewangan dalam pasaran.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
pengawasan

Pengukuran dan pemerhatian yang dipiawaikan ke atas alam sekitar (udara, air, tanah/pasir, biota) secara berterusan dan kerap, biasanya digunakan untuk pengawalan dan peringatan.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP