Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Kategori ini meliputi transaksi pendapatan di antara residen dengan bukan residen ekoran daripada pemilikan saham, bon, nota dan instrumen pasaran kewangan.
Pendapatan primer meliputi dua jenis transaksi iaitu pampasan pekerja dan pendapatan pelaburan di antara residen dengan bukan residen. Pampasan pekerja merujuk kepada upah, gaji dan kemudahan lain (dalam bentuk tunai dan Barangan) yang diterima oleh pekerja residen yang bekerja di luar negeri atau yang dibayar kepada pekerja bukan residen yang bekerja di Malaysia.
Pendapatan pelaburan melibatkan terimaan pendapatan dan pembayaran ke atas aset dan liabiliti kewangan asing.
Pendapatan primer bersih dari luar negara ialah jumlah nilai pendapatan utama yang diterima daripada unit institus atau sektor luar kurang dari jumlah pendapatan primer yang dibayar dari luar negara.
(i) Tiada pendidikan rasmi
Merujuk kepada mereka yang tidak pernah menghadiri mana-mana institusi pendidikan yang memberi pendidikan secara rasmi.
(ii) Rendah
Merujuk kepada mereka yang telah mencapai pendidikan tertinggi di peringkat Tahun 1 hingga 6 atau yang setaraf.
(iii) Menengah
Merujuk kepada mereka yang telah mencapai pendidikan tertinggi di peringkat Tingkatan 1 hingga 5 (termasuk kelas peralihan), General Certificate of Education (GCE) O Level atau yang setaraf. Ini termasuk program kemahiran asas di institusi latihan kemahiran khusus dan teknikal yang mana tempoh pengajian adalah sekurang-kurangnya enam bulan seperti program GIATMARA.
(iv) Tertiari
Merujuk kepada mereka yang telah mencapai pendidikan tertinggi selepas Tingkatan 5.
Pendidikan rasmi bermaksud sistem pendidikan yang mempunyai pendaftaran pelajar, kurikulum yang tetap, tempat belajar yang tetap dan disediakan oleh agensi yang berdaftar. Ia meliputi institusi pendidikan awam dan swasta yang termasuk:-
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-