SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

pemberian pinjaman bersih

Pemberian pinjaman bersih ialah nilai bersih sesuatu unit atau sektor lain untuk membiayai, secara langsung atau tidak langsung, unit lain atau sektor lain; ia merupakan item pengimbang dalam akaun modal dan didefinisikan sebagai : (Tabungan bersih tambah pindahan modal  akan diterima tolak pindahan modal mesti dibayar) tolak (nilai perolehan tolak pelupusan aset bukan kewangan, tolak penggunaan modal tetap); nilai negatif bagi pemberian pinjaman bersih adalah bersamaan dengan "penerimaan pinjaman bersih".

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
pembinaan

Konsep dan definisi yang digunakan adalah selari dengan International Recommendations for Construction Statistics oleh Department of Economic and Social Information Statistics Division. Takrif pembinaan yang digunakan dalam Penyiasatan ini berdasarkan kepada Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) 2008: “pembinaan baru, pengubahsuaian, pembaikan dan perobohan. Pemasangan sebarang jenis jentera atau peralatan yang dipasang ketika pembinaan asal adalah diambil kira, demikian juga bagi pemasangan jentera atau peralatan selepas pembinaan asal tetapi memerlukan perubahan struktur bagi pemasangannya”.
 

Sumber : Laporan Penyiasatan Industri Pembinaan Malaysia
pembuangan samudera

Pelupusan sengaja sampah sarap atau sisa di laut daripada pengangkutan laut, pelantar pesawat atau lain-lain struktur yang dibina oleh manusia.  Ini termasuk pembuangan samudera dan pelupusan ke dalam dasar laut dan  bawah dasar laut.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
pembuatan

Pembuatan adalah ditakrifkan sebagai perubahan fizikal atau kimia ke atas bahan atau komponen menjadi produk baru sama ada kerja itu dilakukan oleh jentera yang dijalankan oleh kuasa atau yang dijalankan dengan tangan, sama ada dijalankan dalam kilang atau di rumah pekerja, dan sama ada barang keluaran dijual secara borong atau runcit.
 

Sumber : Banci Ekonomi, Pembuatan
pembundaran

Jumlah bagi komponen mungkin berbeza dengan jumlah besar di dalam jadual penerbitan disebabkan oleh pembundaran angka

Sumber : Banci Ekonomi
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP