Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Pembayaran berbentuk mata benda ialah kos bersih daripada majikan kerana memberikan barangan dan perkhidmatan kepada pekerja dengan percuma atau pada kos yang dikurangkan dengan banyaknya. Pemberian ini dengan jelas mendatangkan faedah kepada pekerja sebagai pengguna. Ia termasuk makanan, minuman, pakaian (kecuali pakaian seragam orang awam), rawatan perubatan, tempat kediaman dan sebagainya yang disediakan dengan percuma atau pada kos yang dikurangkan dengan banyaknya. Perbelanjaan yang dilakukan oleh majikan yang memberi faedah kepada mereka, misalnya perbelanjaan kerana mengadakan kemudahan di tempat kerja, sukan dan rekreasi dan ganti bayaran oleh majikan ke atas belanja perjalanan, keraian dan pakaian kerja, perkakas dan alat-alat yang telah dibayar oleh pekerja mereka dikecualikan.
Pembayaran bukan berbentuk wang selain daripada ganjaran bukan berbentuk wang berlaku apabila pelbagai pembayaran lebih dilakukan dalam bentuk barang dan perkhidmatan daripada wang.
Pembentukan modal kasar diukur dengan jumlah nilai pembentukan modal tetap kasar, perubahan dalam inventori dan perolehan tolak pelupusan barang bernilai bagi sesuatu unit atau sektor.
Pembentukan modal tetap bersih terdiri daripada pembentukan modal tetap kasar selepas ditolak penggunaan modal tetap.
Pembentukan modal tetap kasar diukur menggunakan jumlah nilai pemerolehan pengeluar, tolak pelupusan, daripada harta tetap semasa tempoh perakaunan, dicampur penambahan ke atas nilai harta bukan pengeluaran (misalnya aset tanah atau penambahbaikan besar ke atas kuantiti, kualiti atau produktiviti tanah) yang direalisasikan oleh aktiviti produktif unit institusi.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-