SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

pelepasan

Pembuangan bahan pencemar ke atmosfera dari punca tetap seperti cerobong asap dan lain-lain, kawasan komersial atau perindustrian dan juga berpunca daripada punca bergerak seperti kenderaan bermotor, lokomotif dan pesawat.  

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar Malaysia
pelupusan sisa

Teknik penghapusan sisa terdiri daripada kambus tanah, penyekatan, pelupusan bawah tanah, membuang ke laut dan lain-lain kaedah pelupusan.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
pemanasan sejagat

Fenomena dipercayai terjadi daripada kesan pertambahan karbon dioksida dan gas rumah kaca yang lain.  Ini telah dikenalpasti oleh ramai saintis sebagai ancaman utama alam sekitar sejagat.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
pemantauan kualiti udara


Bacaan standard dan pemerhatian terhadap udara yang diambil secara berterusan atau kerap yang digunakan sebagai peringatan dan kawalan

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
pembangunan mapan

Pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan kebolehan generasi akan datang untuk menemui keperluannya (World Commission on Environment and Development, 1987). Ini dianggap pemuliharaan aset semulajadi untuk pembangunan dan pengembangan masa depan.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP