Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Definasi populasi penyiasatan meliputi penduduk yang tinggal di tempat kediaman persendirian di Malaysia dan tidak termasuk mereka yang tinggal di tempat kediaman institusi seperti hotel, rumah tumpangan, asrama, hospital, rumah orang tua, berek tentera dan penjara.
Maklumat penyiasatan ini hanya meliputi ahli isi rumah biasa yang memenuhi ciri-ciri berikut:
Ciri yang diambil kira sebagai pekerjaan dalam sektor formal ialah pekerjaan dalam pertubuhan berdaftar atau pertubuhan tidak berdaftar dengan bilangan pekerja seramai 10 orang atau lebih dan pekerja mempunyai kontrak perjanjian serta memperolehi faedah persaraan / perlindungan sosial , cuti tahunan dan cuti sakit bergaji. Cut Off 10 pekerja dibuat berdasarkan Akta Pembangunan Sumber Manusia, 2001 yang memberi kebenaran kepada majikan yang mempunyai kurang daripada 10 orang pekerja untuk 3 bulan berturut-turut untuk membatalkan pendaftarannya dengan perbadanan dan dikeculikan daripada levi. Pekerjaan informal dalam sektor formal adalah pekerja keluarga dan lain-lain pekerja bergaji yang bekerja di sektor formal. Pekerja keluarga adalah merujuk kepada sumbangannya yang tidak jelas, tiada mempunyai kontrak perjanjian serta faedah persaraan/ perlindungan sosial dan sebagainya. Manakala lain-lain pekerja bergaji merujuk pekerja bergaji tetapi tidak tertakluk kepada atau tiada kontrak perjanjian serta faedah persaraan/ perlindungansosial dan sebagainya.
Guna tenaga dalam sektor informal merangkumi semua pekerjaan di sektor informal atau bekerja sekurang-kurangnya di satu pertubuhan sektor informal pada tempoh rujukan, tanpa mengambil kira status pekerjaan sama ada ianya pekerjaan utama atau pekerjaan sampingan. Walau bagaimanapun, penyiasatan ini hanya mengambil kira pekerjaan utama.
Pelaburan langsung ialah kategori pelaburan antarabangsa yang mencerminkan objektif entiti residen dalam sesebuah ekonomi memperoleh hak kepentingan jangka panjang di dalam enterpris residen ekonomi lain. Hak kepentingan jangka panjang merujuk kepada wujudnya hubungan jangka panjang di antara pelabur langsung dengan enterpris pelaburan langsung dan mempunyai kuasa dalam pengurusan enterpris tersebut. Pegangan sekurang-kurangnya 10 peratus dalam enterpris ialah sebagai bukti wujudnya hubungan tersebut. Pelaburan langsung meliputi semua transaksi di antara pelabur langsung dengan enterpris pelaburan langsung dalam Hubungan Pelaburan Langsung Asing (FDIR). Instrumen kewangan yang diliputi di bawah pelaburan langsung termasuklah ekuiti, perolehan dilabur semula dan instrumen hutang (seperti pinjaman dan pendahuluan antara syarikat, kredit perdagangan).
Berdasarkan BPM6, pelaburan langsung dipersembahkan mengikut asas aset dan liabiliti. Aset merujuk kepada semua pelaburan di luar negeri bagi kedua-dua pelabur langsungdan enterpris pelaburan langsung di Malaysia sementara liabiliti merujuk kepada semua pelaburan di Malaysia bagi kedua-dua pelabur langsung dan enterpris pelabur langsung di luar negeri.
Berdasarkan BPM5, pelaburan langsung ditunjukkan mengikut asas prinsip arah aliran. DIA diperoleh daripada perbezaan antara aset pelabur langsung Malaysia dengan liabilitinya, sementara FDI diperoleh daripada perbezaan antara liabiliti enterpris pelaburan langsung Malaysia dengan asetnya.
Data siri masa adalah amat berguna untuk ahli ekonomi, pembuat dasar & polisi dan penganalisis siri masa untuk mengenal pasti ciri-ciri penting siri ekonomi seperti arah, turning point dan konsistensi antara penunjuk ekonomi yang lain. Kadang-kadang ciri ini sukar untuk diperhatikan kerana pengerakan bermusim. Oleh itu, sekiranya kesan bermusim boleh disingkirkan, perilaku data siri ini dapat dilihat dengan lebih baik. Anggaran dan penyingkiran kesan bermusim dipanggil pelarasan bermusim.
Pelarasan bermusim adalah satu proses untuk mengenal pasti dan menyingkirkan bentuk pola bermusim yang biasa berlaku dalam tempoh satu tahun, yang mungkin juga merangkumi pengaruh dari kesan cuti yang bergerak dan hari bekerja/berdagang bagi suatu tempoh. Objektif utama proses ini adalah untuk menyerlahkan dasar arah aliran dan pengerakan-pengerakan jangka pendek dalam siri ini.
Di Malaysia, kebanyakan data siri masa terjejas oleh kesan bermusim. Oleh itu, untuk menghapuskan kesan bermusim dan juga melaras musim data siri masa ekonomi Malaysia, pakej pelarasan bermusim standard, X-12 ARIMA telah digunakan oleh Jabatan Perangkaan, Malaysia.
Data siri masa ekonomi Malaysia kerap dipengaruhi oleh perayaan agama utama seperti Aidil Fitri bagi umat Islam, Tahun Baru Cina untuk kaum Cina dan Deepavali untuk kaum India. Tarikh perayaan-perayaan ini tetap mengikut tahun lunar tetapi berbeza-beza mengikut kalendar Gregorian. Oleh itu, untuk menganggar dan menyingkirkan kesan cuti yang bergerak dari data siri masa, satu prosedur telah dibangunkan iaitu Seasonal Adjustment For Malaysia (SEAM)
Kaedah SEAM digunakan untuk membuang kesan bermusim bagi data Perdagangan Luar Negeri Malaysia. Pelarasan musim dibuat keatas data bulanan bagi jumlah eksport dan import. Data siri pelarasan bermusim untuk tiga tahun sebelumnya akan disemak setiap tahun apabila data untuk 12 bulan lengkap.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-