Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Pegangan perolehan yang positif atau negatif mungkin bertambah semasa tempoh perakaunan kepada pemilik aset kewangan dan bukan kewangan dan liabiliti disebabkan oleh perubahan dalam harganya (pegangan perolehan kadangkala dirujuk sebagai "perolehan modal").
Pegangan perolehan benar ialah nilai bagi arahan tambahan terhadap sumber benar yang bertambah kepada pemegang aset sebagai kesan daripada perubahan dalam harganya berbanding dengan harga barang dan perkhidmatan umum dalam ekonomi.
Pegangan perolehan neutral ialah nilai pegangan perolehan yang terakru jika harga aset berubah dalam kuantiti yang sama seperti tingkat harga umum- i.e. kebiasaannya bersaing dengan kadar inflasi atau deflasi umum.
Pegangan perolehan nominal ke atas kuantiti aset yang diberi ialah nilai faedah yang bertambah kepada pemilik aset sebagai kesan daripada perubahan harganya atau, lebih umumnya, nilai kewangannya atas masa.
Pekali Gini (G) ialah ukuran pemusatan pendapatan berdasarkan Keluk Lorenz. Keluk ini dihasilkan dengan memplot peratus isi rumah kumulatif pada paksi X dan peratus jumlah pendapatan kumulatif yang diterima oleh isi rumah pada paksi Y. Nilai pekali Gini berada antara 0 dan 1, di mana 0 menunjukkan agihan pendapatan yang saksama, manakala nilai 1 menunjukkan agihan pendapatan yang paling tidak saksama.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-