SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

pajakan kewangan

Pajakan kewangan ialah satu kontrak di antara pemberi dan penerima pajakan yang mana pemberi pajakan membeli barang pada pelupusan yang diberikan kepada penerima pajakan dan penerima pajakan membayar sewa  yang membolehkan pemberi pajakan, ke atas tempoh kontrak untuk menampung semua atau hampir semua kos, termasuk faedah.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
pampasan pekerja

Ia merujuk kepada jumlah gaji & upah dan pembayaran berbentuk mata benda yang diberikan oleh pertubuhan kepada semua pekerja, caruman oleh majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), skim keselamatan sosial dan caruman lain.

Sumber : Buku Maklumat Perangkaan Getah, Malaysia 2001
pariti kuasa beli

Pariti kuasa beli (PKB) ialah harga relatif yang mengukur bilangan unit bagi mata wang negara B yang diperlukan dalam negara B untuk pembelian kuantiti yang sama bagi barangan atau perkhidmatan individu sebagai 1 unit dari matawang negara A yang akan membeli dalam A.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
paya

Jenis tanah bencah  yang sentiasa mengandungi air atau untuk satu tempoh masa dan diliputi oleh tumbuhan semula jadi. Paya terdiri daripada  air tawar atau air masin, dan mengalami atau tidak air pasang surut. 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
pedagang borong

Pemborong yang mengambil hak milik ke atas barang yang mereka jual, misalnya pedagang jual borong atau jobber, pengedar barang perindustrian, pengeksport, pengimport, persatuan koperasi pembeli, dan stesen/terminal simpanan pukal petroleum. Ini termasuk juga pemasang, pembeli dan persatuan koperasi yang menjalankan pemasaran keluaran pertanian, penjual logam sekerap dan sisa-sisa barang-barang lama.
 

Sumber : Banci Perdagangan Edaran
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP