Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Output yang dikeluarkan bagi penggunaan akhir persendirian terdiri daripada barang atau perkhidmatan yang dikekalkan untuk penggunaan akhir oleh pemilik enterpris dalam yang mana ia telah dikeluarkan.
Gas yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, tidak berwarna dan bertoksik yang menyumbang kepada fotokimia asbut (campuran asap dan kabut). O3 terbentuk hasil daripada reaksi kimia antara Sebatian Organik Meruap (VOC) dan Nitrogen Oksida (NOx). Pada lewat tengahari atau awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah pengaruh cahaya matahari, NOx dan VOC yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri ia bertindakbalas bagi membentuk ozon di permukaan bumi.
Dikenali juga sebagai lapisan ozon, terbentuk di dalam stratosfera daripada perubahan molekul oksigen oleh radiasi solar. Ozon menyerap banyak cahaya radiasi ultra ungu yang merbahaya dan menghindarinya sampai kepada bumi.
Bahagian setiap juta/bahagian setiap bilion/bahagian setiap seratus ribu bilion, ukuran kepada kepekatan bahan pencemar di udara, air, tanah, tisu manusia, makanan atau lain-lain pengeluaran.
Aktiviti menyewa jentera atau kelengkapan bagi tempoh masa tertentu yang mana lebih pendek daripada jumlah jangka hayat perkhidmatan bagi jentera atau kelengkapan diistilahkan sebagai pajakan kendalian; individu yang menyewakan kebiasaannya mengekalkan stok kelengkapan dalam keadaan aturan yang baik yang mana boleh disewa berdasarkan permintaan, atau pada notis singkat, oleh pengguna dan kerap bertanggungjawab kepada penyelenggaraan dan pembaikan kelengkapan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang mana disediakan kepada penyewa.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-