Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Nilai input perantaraan adalah harga pembeli semasa dan ia ditakrifkan dengan memasukkan elemen berikut:
Nilai bahan dan bekalan yang digunakan
+ Kos kerja perindustrian yang dibuat oleh orang lain;
+ Tenaga elektrik dan air yang dibeli;
+ Nilai bahan pembakar, pelincir dan gas yang digunakan;
+ Kos bahan yang digunakan bagi pembaikan dan penyelenggaraan harta tetap (termasuk pembayaran kepada pihak lain ke atas kerja ini);
+ Pembayaran terhadap perkhidmatan bukan perindustrian (termasuk bayaran bagi pengangkutan keluar barangan, perjalanan, pengurusan, perundangan, teknologi maklumat, pengiklanan, bank, pos, telekomunikasi, dll.); dan
+ Semua nilai input perantaraan lain (termasuk kos latihan dan nilai pakaian percuma yang disediakan kepada pekerja).
Nilai jualan bagi produk pembuatan yang dilaporkan dalam penerbitan ini merujuk kepada nilai produk yang dijual dalam tahun rujukan tanpa mengambil kira bila produk tersebut dikeluarkan. Di samping itu, nilai jualan ini merujuk kepada jualan produk sendiri sahaja.
Nilai output kasar dikirakan daripada item-item berikut :
Nilai jualan produk pembuatan
+ tambah Nilai barang yang dijual dalam keadaan yang sama seperti dibeli
- tolak Kos barang yang dijual dalam keadaan yang sama seperti dibeli
+ tambah Perbelanjaan modal ke atas binaan sendiri
+ tambah Pendapatan daripada perkhidmatan perindustrian yang diberi kepada orang lain
+ tambah Pendapatan daripada kerja perindustrian lain (misalnya, pembinaan, kuari, dll.)
+ tambah Penerimaan bayaran daripada skrap, tenaga elektrik, produk sisa, dll. yang dijual kepada orang lain
+ tambah Penerimaan komisen dan brokeraj
+ tambah Semua nilai output lain (seperti penerimaan perkhidmatan bukan perindustrian, misalnya bayaran pengurusan, sewa harta, dll.)
+ tambah Stok akhir barang siap (pembuatan sendiri)
- tolak Stok awal barang siap (pembuatan sendiri)
+ tambah Stok akhir barang dalam proses
- tolak Stok awal barang dalam proses
Ukuran kepada keasidan untuk nilai alkali dalam cecair. Nilai pH di antara lingkungan 0 ke 7 menunjukkan asid, nilai pH di antara lingkungan 7 ke 14 menunjukkan alkali, dan nilai pH 7 menandakan neutral.
Nisbah jantina ialah bilangan lelaki bagi setiap 100 perempuan.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-