Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Muhibah yang dibeli ialah perbezaan antara nilai dibayar bagi sebuah enterpris yang bergerak cergas dan jumlah asetnya tolak jumlah liabilitinya, setiap item yang mana telah diasingkan dikenalpasti dan dinilai.
Negara lain di dunia mengandungi semua unit institusi bukan residen yang melakukan transaksi dengan unit residen, atau mempunyai hubungan ekonomi lain dengan unit residen.
Nilai bahan yang digunakan ialah kos bahan semasa diserahkan kepada pertubuhan, termasuk bayaran pengangkutan, insurans, bayaran pembungkusan yang dikenakan, semua cukai, duti dan levi yang dibayar ke atas bahan berkenaan. Ia tidak termasuk diskaun atau rebat yang dibenarkan kepada pembeli dan pulangan seperti nilai bahan pembungkusan yang dipulangkan kepada pengedar.
Nilai ditambah ialah tambahan kepada nilai komoditi dan perkhidmatan yang disumbangkan oleh sesebuah pertubuhan pembuatan. Nilai ditambah diperoleh daripada perbezaan antara nilai output kasar dengan input perantaraan.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-