SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

megakepelbagaian

Konsep   megakepelbagaian   melibatkan   anggaran   jumlah   bilangan semua organisma hidup di dalam ekosistem dan ini bermakna sesuatu kawasan  itu  mempunyai  sekurang-kurangnya  60.0  peratus  daripada spesies yang diketahui di dunia. Sebahagian besar daripada kepelbagaian tersebut adalah endemisme dan ini menggambarkan keunikan kawasan tersebut.
 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
meliputi hutan

Semua pokok dan tanaman berhutan (belukar) yang meliputi tanah di dalam hutan. Ini termasuk pokok dan semua renek, rumput rampai dan tumbuhan renek dikawasan terbuka di dalam hutan, sampah atau daun yang gugur, ranting yang jatuh, pokok tumbang dan lain tumbuhan serta permukaan tanah yang kaya dengan baja disebabkan dari tumbuhan mati dan reput.

 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
menganggur

Penganggur dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu penganggur aktif dan penganggur tidak aktif. Penganggur aktif termasuk mereka yang tidak bekerja semasa minggu rujukan tetapi bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan dalam minggu tersebut. Penganggur tidak aktif adalah seperti berikut:
(a) mereka yang tidak mencari pekerjaan dalam minggu rujukan kerana percaya tidak terdapat pekerjaan atau pun tidak berkelayakan;
(b) mereka yang mungkin mencari pekerjaan jika tidak kerana sakit atau cuaca buruk;
(c) mereka yang menunggu jawapan permohonan pekerjaan; dan

(d) mereka yang telah mencari pekerjaan sebelum minggu rujukan.

Sumber : Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh
migran antarabangsa

Mereka yang berpindah dari luar negara ke Malaysia.

Sumber : Laporan Penyiasatan Migrasi, Malaysia
migran dalaman

Penduduk yang bertukar tempat tinggal biasa di beberapa peringkat geografi di dalam negara. Mereka boleh dikategorikan sebagai migran antara negeri jika mereka berhijrah dari satu negeri ke negeri yang lain. Jika berhijrah adalah dalam negeri yang sama, mereka di kategorikan sebagai migran dalam negeri.

        Mingran dalaman = Mingran antara negeri + Migran dalam negeri

 

Sumber : Laporan Penyiasatan Migrasi
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP