SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

literasi

Definisi literasi yang digunakan dalam Banci 2010 adalah sama dengan Banci 2000 iaitu merujuk kepada penduduk berumur 10 tahun dan lebih yang pernah bersekolah merangkumi kategori masih bersekolah dan tamat persekolahan.
 

Sumber : Banci penduduk dan perumahan malaysia, ciri-ciri pendidikan dan sosial penduduk
logam berat

Logam bertoksik yang digunakan dalam proses industri, sebagai contoh, arsenik, kadmium, kromium, tembaga, plumbum, raksa, nikel dan zink. Ia boleh merosakkan kehidupan tumbuhan dan haiwan pada kepekatan yang rendah dan cenderung untuk berkumpul dalam rantaian makanan.
 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
luar tenaga buruh

Penduduk yang tidak dikelaskan sebagai bekerja atau menganggur sebagaimana yang dinyatakan di atas, dikategorikan sebagai luar tenaga buruh. Termasuk dalam kategori ini ialah suri rumah, pelajar (termasuk mereka yang akan melanjutkan pelajaran), mereka yang telah bersara atau tidak berkeupayaan dan mereka yang tidak berminat untuk mencari pekerjaan.

Sumber : Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia
margin (perdagangan)

Margin perdagangan ialah perbezaan antara harga benar atau tertaksir ke atas barang yang dibeli untuk penjualan semula (sama ada borong atau runcit) dan harga yang perlu dibayar oleh pengedar untuk menggantikan barang pada masa ia dijual atau jika tidak, dilupus.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
margin pengangkutan

Margin pengangkutan terdiri daripada bayaran pengangkutan yang dibayar berasingan oleh pembeli dalam mengambil penghantaran pada masa dan tempat yang dikehendaki.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP