Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Kawasan tanah yang mana menjadi saliran ke sungai.
Penyiasatan Tenaga Buruh meliputi kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bagi negeri-negeri di Malaysia
Semua ahli isi rumah akan ditanya maklumat berikut:
(i). perhubungan dengan ketua isi rumah;
(ii). jantina;
(iii). umur;
(iv). etnik dan kewarganegaraan;
(v). taraf perkahwinan; dan
(vi). pencapaian pendidikan.
Bagi mereka yang berumur 15 tahun dan lebih, taraf aktiviti sama ada bekerja, menganggur atau di luar tenaga buruh akan ditentukan.
Maklumat yang dikumpulkan bagi yang bekerja adalah sama ada mereka bekerja atau tidak semasa minggu rujukan, bilangan jam bekerja, pekerjaan, industri dan taraf pekerjaan. Sekiranya mereka bekerja kurang daripada 30 jam seminggu, sebab-sebab dan kesanggupan menerima kerja tambahan juga diperoleh. Jika mereka tidak bekerja semasa minggu rujukan tetapi mempunyai pekerjaan untuk dikerjakan kembali, maka sebab-sebab tidak bekerja akan ditanya.
Soalan-soalan berikut akan ditanya kepada mereka yang menganggur:
(i). tindakan yang telah diambil untuk mencari kerja;
(ii). pengalaman bekerja; dan
(iii). tempoh pengangguran.
Mereka yang dikelaskan sebagai di luar tenaga buruh pula akan diminta menyatakan sebab-sebab tidak mencari pekerjaan dan sama ada menpunyai pengalaman bekerja.
Populasi penyiasatan tidak termasuk mereka yang tinggal di institusi-institusi seperti hotel, asrama, hospital, penjara, rumah tumpangan dan berek tentera.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-