SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

kualiti alam sekitar

Menunjukkan status alam sekitar dalam media alam sekitar  yang disebut sebagai petunjuk atau indeks berkaitan standard kualiti alam sekitar.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
kutipan biji benih

Biji benih pokok hutan yang dikutip secara terus dari atas pokok.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
ladang hutan

Kawasan yang ditanam dengan pokok atau tumbuh-tumbuhan hutan, sama  ada  daripada  spesies tempatan atau dagang,  dengan  kaedah tanaman  secara  terbuka  yang  luasnya  tidak  kurang  daripada  50ha. Ladang hutan boleh merangkumi kawasan yang terletak di dalam atau di luar HSK.
 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
larut lesapan

Cecair yang mana hasil daripada air yang mengalir melalui bahan sisa, racun serangga dalam pertanian atau baja.  Larut lesap boleh terjadi di dalam kawasan ladang, feedlot dan kambus tanah dan mungkin menghasilkan bahan sisa berbahaya yang masuk ke permukaan air, air bawah tanah atau tanah.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
lebihan kendalian

Lebihan kendalian mengukur lebihan atau defisit akibat daripada pengeluaran sebelum mengambil kira faedah, sewa atau caj serupa yang mesti dibayar bagi aset kewangan atau aset ketara bukan pengeluaran yang dipinjam atau disewa oleh enterpris, atau faedah, sewa atau terimaan yang serupa yang akan diterima atas aset kewangan atau aset ketara bukan pengeluaran yang  dimiliki oleh enterpris; (nota: bagi enterpris tidak diperbadankan dimiliki oleh isi rumah, komponen ini dipanggil "pendapatan campuran

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP