SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

KIV2

Aktiviti utama bagi unit pengeluar ialah aktiviti di mana nilai ditambah melebihi sebarang aktiviti lain yang dijalankan dalam unit yang sama.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
klasifikasi fungsian

Klasifikasi fungsian menyediakan satu cara pengkelasan, mengikut tujuan atau objektif sosioekonomi, transaksi tertentu bagi pengeluar dan tiga sektor institusi iaitu isi rumah, kerajaan am, dan institusi bukan untung yang berkhidmat untuk isi rumah (NPISH)

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
kolera

Penyakit usus pada umumnya disebabkan oleh  pencemaran naji daripada air dan makanan.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
koperasi

Ia merujuk kepada sesebuah persatuan sukarela yang bilangan ahlinya tidak terhad dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi, 1993. Kumpulan wang yang ada adalah milik bersama untuk memenuhi keperluan ahlinya.

Sumber : Banci Ekonomi - Perkhidmatan Maklumat dan Komunikasi
kriteria pertubuhan sektor informal

Kriteria pertubuhan sektor informal adalah seperti berikut:
(i) pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan profesional, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
(ii) semua atau sekurang-kurangnya satu barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk jualan atau transaksi barter; dan
(iii) saiz pekerja kurang daripada 10 orang dan tidak berdaftar di bawah perundangan yang ditetapkan.

Sumber : Laporan Penyiasatan Guna Tenaga Sektor Informal
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP