SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

kilm 6: jam bekerja

KILM 6: Jam bekerja

Merujuk kepada jumlah bilangan jam bekerja semasa tempoh rujukan.  

Sumber : Indikator Utama Pasaran Buruh
kilm 8: pengangguran

KILM 8: Penganggur

Penganggur dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu penganggur aktif dan penganggur tidak aktif. Penganggur aktif termasuk mereka yang tidak bekerja semasa minggu rujukan tetapi bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan dalam minggu tersebut. Penganggur tidak aktif adalah seperti berikut:

a) mereka yang tidak mencari pekerjaan dalam minggu rujukan kerana percaya tidak terdapat pekerjaan atau tidak berkelayakan;

b) Mereka yang mungkin mencari pekerjaan jika tidak kerana sakit atau cuaca buruk;

c) Mereka yang menunggu jawapan permohonan pekerjaan; dan

d) Mereka yang telah mencari pekerjaan sebelum minggu rujukan.

Kadar pengangguran ialah perkadaran penduduk yang menganggur (tidak bekerja) kepada jumlah penduduk di dalam tenaga buruh. Kadar ini mengukur peratus penduduk di dalam tenaga buruh yang tidak bekerja.

Sumber : Indikator Utama Pasaran Buruh
kilm 9: pengangguran belia

KILM 9: Pengangguran belia

Terdapat empat pengukuran bagi pengangguran belia iaitu:

a) kadar pengangguran belia (pengangguran belia sebagai peratusan kepada belia di dalam tenaga buruh);

b) nisbah kadar pengangguran belia kepada kadar pengangguran penduduk dewasa;

c)  pengangguran belia sebagai perkadaran kepada jumlah pengangguran; dan

d)  pengangguran belia sebagai perkadaran kepada penduduk belia.

Belia merujuk kepada mereka yang berumur 15 hingga 24 tahun (dalam tahun genap pada hari jadi terakhir) semasa minggu rujukan.

Penduduk dewasa merujuk kepada mereka yang berumur 25 hingga 64 tahun (dalam tahun genap pada hari jadi terakhir) semasa minggu rujukan.

Sumber : Indikator Utama Pasaran Buruh
kitar karbon

Kitaran karbon semulajadi yang saling bertukar antara karbon yang banyak tersimpan di dalam tanah, lautan, biosfera dan atmosfera; Pertukaran karbon menerusi ekosistem yang menyebabkan atom karbon daripada karbon dioksida telah bergabung ke dalam sebatian organik yang dahulunya terbentuk oleh tumbuhan hijau sepanjang proses fotosintisis.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
KIV

Istilah "kasar" adalah cara yang umum merujuk kepada nilai sebelum ditolak penggunaan modal tetap (umumnya digunakan sebagai "stok modal kasar" atau "keluaran dalam negeri kasar" )

Sumber : banci ekonomi 2016
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP