Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
KILM 13: Kadar tidak aktif
Seseorang individu dianggap sebagai berada di luar tenaga buruh, atau tidak aktif, apabila mereka tidak bekerja atau menganggur, iaitu tidak aktif mencari kerja. Kadar tidak aktif adalah perkadaran penduduk umur bekerja yang tidak berada di dalam tenaga buruh.
KILM 14: Pencapaian pendidikan dan buta huruf
KILM 14 memberikan gambaran berkenaan tahap dan taburan pengetahuan dan kemahiran asas tenaga buruh. Indikator tersebut termasuk dua pengukuran bagi tahap pendidikan tenaga buruh dan pengukuran yang ketiga menganggar buta huruf di kalangan penduduk belia dan dewasa. Indikator tersebut meliputi pencapaian pendidikan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan bagi keseluruhan tenaga buruh, dan juga memfokus kepada perkadaran tenaga buruh muda (berumur 25 hingga 29 tahun) yang telah tamat pendidikan tertiari.
KILM 2: Nisbah guna tenaga kepada penduduk
Nisbah guna tenaga kepada penduduk adalah perkadaran penduduk yang bekerja kepada jumlah penduduk umur bekerja. Nisbah yang tinggi menunjukkan perkadaran penduduk bekerja yang tinggi manakala nisbah yang rendah menunjukkan sebahagian besar daripada penduduk tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti berkaitan pasaran kerana menganggur atau berada di luar tenaga buruh.
KILM 3: Taraf pekerjaan
Taraf pekerjaan adalah merujuk kepada kedudukan atau taraf seseorang yang bekerja di dalam pertubuhan atau organisasi di mana beliau bekerja. Penduduk yang bekerja dikelaskan mengikut taraf guna tenaga berikut:
i. Majikan - Seorang yang menjalankan sesuatu perniagaan, perusahaan ladang atau perniagaan lain dan menggaji seorang pekerja atau lebih untuk menolongnya.
ii. Pekerja - Seorang yang bekerja untuk majikan awam atau persendirian dan menerima ganjaran tetap seperti upah, gaji, komisen, tip atau upahan yang berbentuk mata benda.
iii. Bekerja sendiri - Seorang yang mengerjakan ladang, perniagaan atau perusahaan sendiri tanpa menggaji pekerja di ladang, perniagaan atau perusahaannya.
iv. Pekerja keluarga tanpa gaji - Seorang yang bekerja tanpa menerima sebarang bayaran atau upah di ladang, perniagaan atau perusahaan yang dijalankan oleh ahli keluarganya yang lain.
KILM 4: Guna tenaga mengikut sektor
Indikator guna tenaga mengikut sektor membahagikan penduduk bekerja kepada tiga kumpulan utama aktiviti ekonomi: pertanian, industri dan perkhidmatan.
Sebelum 2010, industri dikelaskan mengikut "Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) 2000" berasaskan kepada "International Standard Industrial Classification of AllEconomic Activities (ISIC), Revision 3".
Mulai 2010, industri dikelaskan mengikut "Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) 2008" berasaskan kepada "International Standard Industrial Classification of All Economic Activities (ISIC), Revision 4".
Penyiasatan Tenaga Buruh tidak mengelaskan aktiviti pengeluaran barangan dan perkhidmatan sara hidup untuk kegunaan isi rumah sendiri sebagai penduduk yang aktif dalam ekonomi. Oleh itu, klasifikasi MSIC 2008 bagi industri Aktiviti isi rumah sebagai majikan; aktiviti mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang tidak dapat dibezakan oleh isi rumah untuk kegunaan sendiri hanya mengambil kira Aktiviti isi rumah sebagai majikan.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-