SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

keseimbangan ekologi

Keseimbangan di antara, dan kesesuaian kewujudan bersama, organisma dan alam sekitar.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
kilm 1: kadar penyertaan tenaga buruh

KILM 1: Kadar penyertaan tenaga buruh

Aktiviti ekonomi penduduk pada keseluruhannya bergantung kepada ciri-ciri demografi sesuatu populasi. Dengan itu, pecahan mereka yang aktif secara ekonomi berbeza di antara kumpulan-kumpulan kecil penduduk tersebut. Perbezaan ini diukur dengan kadar aktiviti tertentu yang dikenali sebagai kadar penyertaan tenaga buruh. Kadar penyertaan tenga buruh ialah nisbah tenaga buruh kepada penduduk umur bekerja (15-64 tahun) yang dipersembahkan dalam bentuk peratus.

Sumber : Indikator Utama Pasaran Buruh
kilm 10: pengangguran jangka panjang

KILM 10: Pengangguran jangka panjang

Pengangguran jangka panjang adalah semua penduduk yang menganggur dengan tempoh pengangguran berterusan selama satu tahun atau lebih (52 minggu dan lebih); ia dinyatakan sebagai peratusan kepada keseluruhan tenaga buruh (kadar pengangguran jangka panjang) atau kepada jumlah pengangguran (kejadian pengangguran jangka panjang).  

Sumber : Indikator Utama Pasaran Buruh
kilm 11: pengangguran mengikut pencapaian pendidikan

KILM 11: Pengangguran mengikut pencapaian pendidikan

Indikator ini memfokus kepada pengangguran yang dikategorikan mengikut tahap pencapaian pendidikan.

Pencapaian pendidikan merujuk kepada peringkat tertinggi seseorang itu telah menamatkan atau sedang mengikuti persekolahan di institusi pendidikan awam atau swasta yang menyediakan pendidikan rasmi. Ia dikategorikan seperti berikut:

a) Tiada pendidikan rasmi - Merujuk kepada mereka yang tidak pernah menghadiri mana-mana institusi pendidikan yang memberi pendidikan secara rasmi.

b) Rendah - Merujuk kepada mereka yang telah mencapai pendidikan tertinggi di peringkat darjah 1 hingga 6 dan setaraf dengannya.

c) Menengah - Merujuk kepada mereka yang telah mencapai pendidikan tertinggi di peringkat tingkatan 1 (termasuk kelas peralihan) hingga tingkatan 5, GCE O Level dan setaraf dengannya.

d) Tertiari - Merujuk kepada mereka yang telah mencapai pendidikan tertinggi selepas Tingkatan 5.

Sumber : Indikator Utama Pasaran Buruh
kilm 12: guna tenaga tidak penuh berhubung masa

KILM 12: Guna tenaga tidak penuh berhubung masa

Indikator ini berkaitan dengan bilangan mereka yang sedang bekerja dan bekerja kurang dari 30 jam semasa minggu rujukan disebabkan bentuk kerja mereka atau disebabkan kurang kerja dan berkeupayaan serta sanggup menerima beban kerja tambahan - guna tenaga tidak penuh.

Dua kadar guna tenaga tidak penuh berhubung masa memberikan: bilangan penduduk guna tenaga tidak penuh berhubung masa sebagai peratusan kepada tenaga buruh  dan juga sebagai peratusan kepada jumlah penduduk bekerja.

Sumber : Indikator Utama Pasaran Buruh
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP