SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

aset

Harta meliputi semua barangan, baru atau terpakai, ketara atau tidak ketara yang mempunyai hayat produktif lebih daripada setahun. Ianya termasuk tanah, bangunan dan struktur, alat pengangkutan, komputer dan peralatan berkaitan, peralatan serta perabot dan pemasangan. Nilai harta bagi pembuka dan penutup 2000 berasaskan nilai buku akaun. Pembelian, pindaan dan pembaikan kasar atau perbelanjaan modal pada tahun berkenaan.

Sumber : Teknologi Maklumat dan Komunikasi
aset ketara bukan-pengeluaran

Aset ketara bukan pengeluaran ialah aset asli- tanah, aset subtanih, sumber biologi bukan tanaman dan sumber air- atas yang mana  pemilikan boleh ditubuhkan dan dipindahkan.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
aset tetap ketara

Aset tetap ketara adalah aset pengeluaran bukan kewangan yang terdiri daripada kediaman; bangunan dan struktur lain; jentera dan kelengkapan; dan aset tanaman .

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
aset tetap- sedia ada

Aset tetap adalah aset ketara atau tidak ketara yang dikeluarkan sebagai output daripada proses pengeluaran yang mana mereka digunakan berulangkali atau berterusan di dalam proses pengeluaran lain bagi lebih dari setahun.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
aset yang diusahakan

Aset yang diusahakan adalah ternakan bagi pembiakan, tenusu, penarik, dll. dan ladang anggur, dusun dan ladang pokok yang mengeluarkan produk berulang yang di bawah kawalan berterusan, tanggungjawab dan pengurusan unit institusi.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP