SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

kemerosotan kualiti alam sekitar

Merosotnya kualiti alam sekitar disebabkan oleh konsentrasi bahan tercemar dalam kawasan serta  aktiviti-aktiviti lain dan proses seperti guna tanah yang tidak sesuai serta bencana alam.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
kepadatan penduduk

Kepadatan penduduk sekilometer persegi telah dikira sebagai nisbah bilangan penduduk sesuatu kawasan geografi kepada keluasan dalam kilometer persegi bagi kawasan yang sama. Berikut ialah kadar pengiraan nisbah kepadatan penduduk:

Sumber : Laporan Am banci Penduduk Dan Perumahan
kepelbagaian biologi

Kepelbagaian biologi bermaksud variasi di antara organisma hidup daripada pelbagai sumber termasuk daratan, marin serta ekosistem akuatik lain; ia termasuklah kepelbagaian di dalam peringkat genetik, spesies dan ekosistem. Definisi ini diadaptasi daripada United Nations Convention on Biological Diversity.
 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
keperluan oksigen biokimia (bod5)

Ukuran jumlah oksigen yang terlarut  yang diperlukan untuk mengurai bahan organik yang terdapat di dalam air. Biasanya bacaan diambil dalam tempoh 5 hari.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
keperluan oksigen kimia (cod)

Indeks pencemaran air yang digunakan sebagai ukuran kepekatan jisim oksigen yang diperlukan untuk mengurai bahan organik dan bukan organik
  

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP