Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Merujuk kepada purata bilangan anak perempuan yang akan dilahirkan sekiranya seseorang perempuan terus hidup sehingga akhir tempoh reproduktifnya setelah mengambil kira purata ketakatan hidupnya.
Merujuk kepada purata bilangan anak perempuan yang akan dilahirkan sekiranya seseorang perempuan terus hidup sehingga akhir tempoh reproduktifnya dengan andaian tiada seorang pun akan mati atau berhijrah
Kadar rujukan bagi faedah ialah kos tulen bagi meminjam dana (i.e. satu kadar daripada yang mana risiko premium telah dimansuhkan kepada kemungkinan skop yang lebih luas dan yang mana tidak termasuk sebarang perkhidmatan perantaraan).
Penyiasatan Tenaga Buruh menggunakan kaedah temu ramah dengan responden.
Dalam tempoh penyiasatan, penemuramah yang dilatih melawat isi rumah di tempat
kediaman (TK) terpilih untuk mengumpulkan maklumat berkaitan semua ahli isi rumah termasuk butir-butir demografi. Dari segi operasi di lapangan, maklumat terperinci berkaitan butir-butir tenaga buruh dikumpulkan bagi semua ahli isi rumah yang berumur 15 tahun dan lebih.
Semakan kerja luar dibuat untuk mengesan maklumat yang tertinggal serta
membetulkan sebarang kesilapan semasa penyiasatan ini dijalankan. Di samping itu,
isi rumah terpilih juga ditemuramah semula untuk menyemak kualiti kerja luar.
Kaedah penunjuk deflasi tunggal adalah satu cara dalam menganggar pergerakan volum nilai ditambah secara langsung dengan menggunakan hanya satu siri masa selain daripada deflasi berganda.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-