SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

kadar migrasi kasar

Kadar migrasi kasar adalah bilangan migrasi kasar sesebuah negeri bagi setiap 1,000 penduduk pada tahun semasa.


 

Sumber : Laporan Penyiasatan Migrasi
kadar migrasi keluar

Kadar migrasi keluar adalah bilangan migran yang keluar dari sesebuah negeri bagi setiap 1,000 penduduk negeri asal dalam tahun semasa.

Sumber : Laporan Penyiasatan Migrasi, Malaysia
kadar migrasi masuk

Kadar migrasi masuk adalah bilangan migran yang memasuki sesebuah negeri bagi setiap 1,000 penduduk negeri destinasi dalam tahun semasa.

Sumber : Laporan Penyiasatan Migrasi
kadar mortaliti bayi

Nisbah bilangan kematian bayi di bawah umur 1 tahun dalam sesuatu tahun kepada jumlah bilangan kelahiran hidup dalam tahun itu (bagi setiap seribu kelahiran hidup).

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
kadar pertambahan semulajadi kasar

Kadar ini ialah nisbah perbezaan bilangan kelahiran hidup dengan bilangan kematian dalam sesuatu tahun kepada jumlah penduduk pertengahan tahun dalam tahun yang sama, bagi setiap seribu orang penduduk.

Sumber : Perangkaan Penting, Malaysia
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP