Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Jenis aktiviti unit ialah satu enterpris atau sebahagian daripada enterpris, yang mana terlibat dalam hanya satu bentuk (bukan sampingan) aktiviti produktif atau yang mana aktiviti produktif utama menghasilkan nilai ditambah yang terbanyak.
Jentera dan kelengkapan terdiri daripada kelengkapan pengangkutan dan jentera lain dan kelengkapan selain yang diperoleh isi rumah bagi penggunaan akhir.
Jumlah ekonomi terdiri daripada semua unit institusi yang mana residen dalam kawasan ekonomi sesebuah negara.
Jumlah pekerja merujuk kepada bilangan orang yang bekerja pada bulan Disember atau pada tempoh pembayaran gaji terakhir bagi tahun rujukan. Bilangan orang yang bekerja dikategorikan seperti berikut: i. Pemilik yang bekerja dan rakan niaga yang aktif , ii. Pekerja keluarga tidak bergaji, iii. Pekerja bergaji sepenuh masa, iv.Pekerja bergaji sambilan, v. Pekerja buruh pertanian, vi. Pekerja balak yang diambil secara langsung, vii. Pekerja diambil bekerja melalui kontraktor buruh dan viii. Pekerja di bawah subkontraktor
Jumlah penggunaan akhir ialah jumlah nilai semua perbelanjaan ke atas individu dan kolektif penggunaan barang dan perkhidmatan oleh residen isi rumah, residen institusi bukan untung yang berkhidmat kepada isi rumah (NPISH) dan unit kerajaan umum.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-