SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

isi rumah persendirian

Isi rumah yang mendiami tempat kediaman persendirian yang dikelaskan sebagai unit perumahan, termasuk kategori rumah, rumah pangsa/apartment, bilik (yang mempunyai jalan terus), pondok gantian dan tempat-tempat kediaman lain yang seumpamanya, yang tidak didiami oleh isi rumah, institusi atau bukan persendirian.

Sumber : Banci Penduduk dan Perumahan, Ciri-ciri Isi Rumah
isic

ISIC ialah United Nations International Standard Industrial Classification bagi semua aktiviti ekonomi; semakan ketiga ISIC digunakan di dalam 1993 SNA.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
iucn red list

Senarai haiwan yang terancam dengan kepupusan.  Red List IUCN tahun 1994 dikumpulkan oleh Pusat Pengawasan Pemuliharaan Dunia, termasuk lebih kurang 6,000 spesis haiwan yang diketahui sebagai berisiko.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
jangkaan hayat

Jangkaan hayat ialah purata baki umur (tahun) seseorang dijangka dapat hidup pada permulaan umur tertentu.

Sumber : Jadual Hayat Ringkas, Malaysia
jenis aktiviti perniagaan

Jenis aktiviti perniagaan merujuk kepada aktiviti utama dan sekunder. Aktiviti utama merujuk kepada aktiviti yang mana pertubuhan menggunakan sebahagian besar daripada sumbernya atau yang ia memperoleh sebahagian besar daripada pendapatannya. Aktiviti sekunder di definisikan sebagai aktiviti sampingan kepada aktiviti utama. Klasifikasi industri bagi pertubuhan adalah mengikut aktiviti utamanya berdasarkan kepada Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC), 2008 Ver. 1.0. MSIC 2008 adalah selaras dengan Klasifikasi Standard Perindustrian Antarabangsa bagi Semua Aktiviti Ekonomi (ISIC), semakan ke-4,Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dengan pengubahusaian untuk keperluan tempatan.

Sumber : Banci Ekonomi
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP