SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

akuakultur

Akuakultur ialah proses pengeluaran yang melibatkan pengkulturan (termasuk tuaian) organisma akuatik (ikan, moluska, krustasia, tumbuhan) dengan mengguna teknik yang direka bentuk untuk meningkatkan pengeluaran organisma tersebut melebihi kapasiti persekitaran semulajadinya.

 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
akuifer

Pembentukan geologi bawah tanah atau kumpulan pembentukan, yang mengandungi air bawah tanah yang boleh membekalkan perigi dan mata air.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
aliran air bawah tanah

Air bawah tanah yang dikeluarkan ke dalam selat sungai sebagai mata air atau penapis air.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
amang lombong

Bahan sisa yang diasingkan sepanjang proses melombong dan galian bijih, termasuk sisa  bahan mentah. Amang lombong boleh di dapati di dalam udara, air dan tanah.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
ammoniakal nitrogen (NH3-N)

Komponen    nitrogen    yang    digunakan    sebagai    penunjuk    untuk menentukan pencemaran oleh kumbahan. Ia terhasil daripada aktiviti mikrobiologi dan biasanya wujud di dalam air permukaan dan air bawah tanah. Sumber utama bagi bahan pencemar NH3-N adalah kumbahan domestik dan ladang ternakan.
 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP