SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

institusi bukan untung yang berkhidmat untuk isi rumah

Institusi  bukan untung yang berkhidmat untuk isi rumah (NPISH) terdiri daripada institusi bukan untung yang mana tidak dibiayai dan dikawal oleh kerajaan dan yang mana menyediakan barang dan perkhidmatan kepada isi rumah secara percuma atau pada harga yang tidak signifikan dari segi ekonomi.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
institusi bukan untung yang terlibat dalam pasaran pengeluaran

Institusi bukan untung yang terlibat dalam pasaran pengeluaran terdiri daripada institusi bukan untung yang mengenakan bayaran yuran yang ditentukan oleh kos pengeluaran  dan yang mana sememangnya tinggi untuk mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas permintaan terhadap perkhidmatan mereka, tetapi sebarang lebihan institusi berkenaan hasilkan mesti dikekalkan dalam institusi tersebut kerana status mereka sebagai "institusi bukan untung (NPI)" mengelakkan mereka daripada mengedarkan kepada yang lain.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
institusi bukan untung yang terlibat dalam pengeluaran bukan pasaran

Institusi bukan untung yang terlibat dalam pengeluaran bukan pasaran adalah institusi bukan untung yang tidak berupaya dalam menyediakan perolehan kewangan kepada unit yang mengawal atau mengurus mereka dan yang mana perlu bergantung ke atas dana selain daripada penerimaan daripada penjualan untuk menampung kos pengeluaran mereka atau aktiviti lain.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
institusi pasaran bukan untung yang berkhidmat untuk perniagaan

Institusi pasaran bukan untung yang berkhidmat untuk perniagaan diwujudkan oleh persatuan peniagaan yang kepentingannya untuk mempromosi dan kebiasaannya dibiayai oleh sumbangan atau langganan daripada kumpulan perniagaan yang berkenaan; langganan tidak dianggap sebagai pindahan tetapi sebagai pembayaran bagi perkhidmatan yang diberikan.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
insurans

Aktiviti insurans bertujuan untuk menyediakan unit institusi individu yang terdedah kepada risiko tertentu dengan perlindungan kewangan dalam persediaan menghadapi  kejadian disebabkan peristiwa tertentu; ia juga merupakan satu bentuk pengantaraan kewangan yang mana dana dikumpul daripada pemegang polisi dan dilabur dalam aset kewangan atau lain yang dipegang sebagai rizab teknikal bagi memenuhi tuntutan masa depan yang timbul daripada akibat peristiwa tertentu dalam polisi insurans.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP