Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Satu indikator yang dicipta berdasarkan kepada penilaian saintifik bagi memaklumkan dengan cara yang mudah difahami kehadiran pencemaran udara dan impaknya terhadap kesihatan manusia.Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO,O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.
Indeks Serentak merupakan ukuran komprehensif terhadap prestasi keseluruhan ekonomi semasa.
Indeks nilai seunit eksport dan import boleh digunakan untuk mengukur terma perdagangan Malaysia. Indeks terma perdagangan dikira berasaskan kepada nisbah indeks nilai seunit eksport kepada indeks nilai seunit import.
Jadual 5A, 5B dan 5C menyedia ringkasan perubahan indeks terma perdagangan. Indeks ini dikira dengan mendapatkan nisbah indeks nilai seunit eksport kepada indeks nilai seunit import. Ia menggambarkan kos sesuatu volum yang diimport dari segi volum yang dieksport. Suatu kenaikan dalam terma perdagangan menunjukkan pergerakan yang lebih menguntungkan dan kejatuhan membawa kesan yang sebaliknya. Satu nilai indeks yang lebih atau kurang daripada 100 mencerminkan terma perdagangan yang lebih atau kurang menguntungkan berbanding dengan terma perdagangan tahun asasnya 2010.
Perubahan volum perdagangan dagangan luar negeri diperoleh daripada perubahan nilai perdagangan dagangan luar negeri setelah dikeluarkan kesan perubahan harga.
Jadual 2A, 2B dan 2C menyediakan ringkasan perubahan indeks volum eksport dan Jadual 4A, 4B dan 4C, indeks volum import. Arah aliran komponen volum adalah ditunjukkan dalam indeks ini, yang mana menyatakan hubungan di antara nilai tempoh semasa dan tempoh asas bagi satu set nilai seunit tertentu.
Indeks volum Laspeyres ialah pemberat purata aritmetik bagi kuantiti relatif dengan menggunakan nilai pada tempoh sebelumnya sebagai pemberat.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-