SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

indeks harga laspeyres

Indeks harga Laspeyres ialah pemberat purata aritmetik bagi harga relatif  dengan menggunakan nilai pada tempoh sebelumnya sebagai pemberat.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
indeks harga paasche

Indeks harga Paasche ialah harga relatif purata harmonik yang menggunakan nilai tempoh terkemudian sebagai pemberat.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
indeks kualiti air

Purata pemberat bagi kepekatan ambien bahan pencemar terpilih biasanya berkait kepada pengkelasan kualiti air.
 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
indeks nilai seunit

Prosedur yang digunakan untuk menghasilkan Indeks Nilai Seunit adalah seperti berikut:

  1. Mengira nilai seunit bagi setiap barangan SITC yang terpilih;
  2. Mengira nilai seunit relatif;
  3. Mengira wajaran nilai;
  4. Mendarab setiap relatif dengan wajaran yang berkaitan;
  5. Menjumlahkan hasil darab;
  6. Membahagikan hasil darab dengan jumlah wajaran.

Sumber : Indeks Perdagangan Luar Negeri
indeks pelopor (IP)

Indeks Pelopor merupakan ukuran jangkaan keseluruhan aktiviti ekonomi untuk masa hadapan. Indeks ini memberitahu kita ke mana arah tuju ekonomi.

Sumber : Penunjuk Ekonomi Malaysia,Indeks Pelopor, Serentak & Susulan
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP